Selasa, 17 Julai 2012

Selamat Hari Lahir Abang..

 


Abang
Kaulah suami dan teman sejati
Suka duka, tangis dan tawa kita harungi bersama

Kaulah inspirasiku
Ketabahan, kesabaran  dan kesetiaanmu
Menjadi kekuatanku
Selamat Hari Lahir Suamiku


Isnin, 16 Julai 2012

Abah


Tanggal 21hb Mei 2010 abah kemalangan ketika balik dari sembahyang di Masjid Bukit Kangkar. Ketika itu abah menaiki motor dan hendak melintas jalanraya untuk balik ke rumah. Malangnya kereta dari arah belakang begitu laju lalu melanggar abah, abah tercampak ke tepi jalan. Abah mengalami luka-luka kecil dan motornya tidak boleh digunakan lagi. Kereta orang yang melanggar abah itu pula remuk. Walaupun kereta dan motor remuk tetapi abah tiada apa-apa. Umur abah masih panjang lagi. 

Sebulan selepas kejadian tersebut abah mengadu lemah untuk berjalan. Bermacam-macam ubat abah dah makan namun kesakitan masih terasa. Badan abah pula semakin kurus kerana dia tidak lalu makan dan mengharapkan kerusi roda untuk bergerak. Kami adik beradik bersepakat untuk menghantar abah ke Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. Lebih kurang sebulan abah terpaksa berkampung di hospital bersama emak kerana doktor-doktor pakar masih tidak berjaya mencari punca sebenar penyakit abah. Doktor memberikan andaian bahawa punca abah tidak boleh berjalan adalah disebabkan oleh serpihan kaca masih berada di dalam kepala abah. Doktor telah membuat scan di kepala abah namun andaian tersebut tidak benar sama sekali. Sehinggalah seorang Doktor Pakar (Senior) membuat rawatan ke atas abah dan abah diarahkan untuk dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada hari itu juga kerana menurut kata Doktor Pakar tersebut, pendarahan di kepala abah adalah serius dan perlu mengeluarkan darah beku secepat mungkin. Jika dilihat daripada fizikal dan keadaan abah yang terlalu lemah, kami adik beradik pasrah jika sebarang kemungkinan berlaku.

Di Hospital Besar Kuala Lumpur abah dibedah dan kepalanya ditebuk bagi mengeluarkan darah beku. Alhamdulillah pembedahan tersebut selamat dan berjaya. Kini sudah 2 tahun ianya berlalu dan kami amat bersyukur kerana kesihatan abah semakin hari semakin baik. Memang benarlah kata pepatah Melayu, berpantang maut sebelum ajal.


Abah masih sihat dan cergas melayan cucunya walaupun umurnya sudah 80 tahun pada ketika ini. Video ini diambil pada bulan Jun 2012.

Isnin, 9 Julai 2012

Danish 3 tahun..



Pada ketika ini genap umur Danish 3 tahun 3 bulan. Danish sudah pandai mengira nombor 1-10, membaca doa tidur dan doa makan beserta makna walaupun dia pelat sedikit. Pada umur sebegini dia lebih aktif dan suka meniru perlakuan atau percakapan orang dewasa. Hobinya adalah menonton cerita ultraman. Ipad Papa sudah bertukar milik kerana dia suka buka Youtube Ultraman. Balik je dari Taska terus capai Ipad. Selesai tengok cerita Ultraman dia pula yang berlawan seorang (meniru gaya ultraman berlawan dengan Monster). Kadangkala adiknya pula yang menjadi mangsa. Danish..Danish...

Khamis, 28 Jun 2012

Cicit bersama Moyang

Adik bersama moyang



Minggu lepas kami berkesempatan menziarahi nenek saudaraku iaitu Atuk Busu Ramlah binti Bulat di Jalan Kolam Air, Chinchin, Jasin, Melaka. Kini Atuk Busu tinggal berseorangan setelah suami tercinta meninggal dunia. Walaupun umurnya kini mencecah 81 tahun namun kuderatnya masih kuat.

Atuk Busu merupakan anak bongsu daripada 6 adik beradik. 3 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Kesemua adik beradiknya sudah lama meninggal dunia dan hanya beliau sahaja yang tinggal. Abah merupakan anak saudaranya yang paling disayangi oleh beliau kerana sejak kecik abah tinggal bersamanya. Abah pasti akan menjenguk@ menziarahinya jika ada kelapangan.

Abah amat menitik beratkan amalan ziarah menziarahi kerana tanpa amalan tersebut kami anak beranak tidak mengenali sesama saudara. InsyaAllah jika ada kelapangan lagi kami akan datang untuk menjenguk Atuk Busu.

Isnin, 25 Jun 2012

♥ HaRi LaHirKu ♥


Happy Birthday Images, Quotes, Comments, Graphics

25 Jun datang lagi
35 tahun genap umurku hari ini
Bersama keluarga yang dicintai
Moga diberi keberkatan hidup ini










Cik Abang buat kejutan. Rupa-rupanya dia sudah berpakat dengan Cik Nor untuk membelikan kek hari jadi. Diaorang buat surprise di office. Terima kasih buat Cik Nor, Ben dan Emma kerana tolong belikan kek. Ketika berada di rumah pula Cik Abang sengaja meletakkan satu bungkusan hadiah dekat adik. Ingatkan adik main apa rupa-rupanya dia main kotak Cik Pinky. Berbunga di hati kerana mendapat hadiah Galaxy Note yang comel sekali. Color pink lagi..lepas ni boleh kawan dengan Kak Mashitoh.

Rabu, 20 Jun 2012

Percutian ke Guangzhou, Hong Kong dan Shenzhen pada 24-28 Jun 2012


Percutian kali ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Syarikat ke Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong selama 5 hari 4 malam. Kami tidak melepaskan peluang ini untuk bersama-sama melihat negara orang. Alhamdulillah Cik Abang pun sporting kerana kami berkongsi hobi yang sama iaitu suka melancong.

Dari Guangzhou kami terus ke Shenzhen selama 2 jam dengan menaiki bas. Bandar Shenzhen adalah bandar ke empat terbesar di negara China. Beijing  merupakan bandar yang pertama terbesar diikuti Guangzhou, Shanghai dan Shenzhen. Di sana kami melawat Window of the World, Lotus Mountain Park, Silk Store, Masjid Shangmeilin, Dongmen Shopping Street dan Luohu Mall. Orang-orang China di sini juga seperti di Guangzhou, jika membeli pastinya kena pandai tawar menawar. Jika tidak, kena 'potong kapla'lah jawabnya. Pesan tourist guide kami iaitu Pak Yusoff (orang China yang lahir di Indonesia), jika mahu berurusniaga pastinya kena minta separuh dari harga sebenar.

Dari Shenzhen kami menaiki keretapi ke Hong Kong. Kami di sana hanya beberapa jam sahaja. Kami dibawa ke Stanley Beach, Star Boulevard, Jewelry Shop dan Lady Street.

Hari ke tiga dan ke empat kami berada di Guangzhou. Guangzhou pula terletak di Selatan Tengah Guangdong dan mempunyai 4 musim. Cuaca ketika kami di sana adalah panas dan kadangkala hujan. Semuanya ada di Guangzhou, you name it you get it! Yang menariknya harga barang-barangnya murah tetapi kena bertekak dahulu baru kita dapat harga yang memuaskan. Haha....pelikkan. Memang diaorang ni kasar-kasar tp tak sampai bergaduhlah. Antara tempat-tempat di Guangzhou yg kami sempat lawati adalah Beijing Lu@ Beijing Road, ShangXiajiu Shopping Street, Yuexiu Park, Five Ram Sculpture, Masjid Guangta, Burning Cream Center, Jade Shop dan Tee Mall.



Ini adalah antara barang-barang yang dapat dibeli di sana. Yang paling memuaskan hati adalah Cik Abang membelikan PC Tablet yang sebijik seperti Galaxy Tab dengan harga yang sangat-sangat murah.

Jumaat, 15 Jun 2012

Percutian ke Padang-Bukit Tinggi, Indonesia pd 08-11/2/2012











Pada 08hb Februari 2012 kami tiga beranak pergi bercuti ke Padang-Bukit Tinggi, Indonesia. Kami terpaksa meninggalkan puteri kecilku yg berumur 4 bulan bersama emakku di kampung. Kesian adik...mungkin selepas ini adik dapat ikut abang pergi bercuti bersama. Sebenarnya aku tak sampai hati untuk membawanya kerana terlalu kecil untuk dibawa bersiar-siar.

Kami ke sana selama 4 hari dan santai untuk bersiar-siar tanpa terikat dengan jadual perjalanan. Kami upah seorang supir dan sewa sebuah kereta untuk kegunaan kami di sana. Perjalanan dari Lapangan Terbang Padang ke Bukit Tinggi memakan masa selama 2 jam. Jalan di sekitar Padang ke Bukit Tinggi berlekok-lekok.

Ketika sampai di Bukit Tinggi kami dapat menghirup udara segar kerana di sekitarnya adalah kampung-kampung yang dikelilingi sawah bendang dan pokok-pokok yang menghijau. Begitu mengasyikkan...Cuaca di sana pula tidaklah begitu panas dan tidaklah begitu sejuk. Insyaallah...jika ada rezeki lagi kami ingin ke sana lagi.