Adik bersama moyang
Minggu lepas kami berkesempatan menziarahi nenek saudaraku iaitu Atuk Busu Ramlah binti Bulat di Jalan Kolam Air, Chinchin, Jasin, Melaka. Kini Atuk Busu tinggal berseorangan setelah suami tercinta meninggal dunia. Walaupun umurnya kini mencecah 81 tahun namun kuderatnya masih kuat.
Atuk Busu merupakan anak bongsu daripada 6 adik beradik. 3 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Kesemua adik beradiknya sudah lama meninggal dunia dan hanya beliau sahaja yang tinggal. Abah merupakan anak saudaranya yang paling disayangi oleh beliau kerana sejak kecik abah tinggal bersamanya. Abah pasti akan menjenguk@ menziarahinya jika ada kelapangan.
Abah amat menitik beratkan amalan ziarah menziarahi kerana tanpa amalan tersebut kami anak beranak tidak mengenali sesama saudara. InsyaAllah jika ada kelapangan lagi kami akan datang untuk menjenguk Atuk Busu.
3 ulasan:
Iris, Mail box Tok Busu tu nape kondisinya lagu tu, anak cucut cicit serta sedara mara tak pernah antor surat pada dia ke? Ataupun Tok dah ada Twit or FB?
Kamarilham,surat menyurat sudah ketinggalan zaman.Tok Busu berhubungan dengan anak-anak menggunakan FB.
hurmm .. sgt nostalgia .. me masih bertuah memiliki nenek yang hampir seusia tok busu
Catat Ulasan