Selasa, 31 Mac 2009

Earth Hour - March 28.2009


Masanya tidak lama
Dua puluh atau tiga puluh tahun lagi
Persisiran pantai akan tenggelam
Ribut dan taufan serta banjir bukan lagi fenomena
Bahkan satu kejadian biasa alam
Ada tempat-tempat yang kemarau panjang
Manusia kurang sumber makanan
Umat manusia makin bertambah ganda
Peperangan dan penaklokan silih berganti
Untuk hidup biarpun membunuh
Begitu dahsyat masa depan manusia

Jadi kita perlu ikhtiar untuk selamatkan bumi
Yang kini sakit merintih menangis
Kerana ozon semakin hilang
Kerana cuaca semakin panas
Kerana laut semakin luas
Kerana taufan semakin ganas
Kerana bumi semakin bergegar dengan ledakan bom peperangan

Selamatkan bumi
Walaupun dengan memadam lampu
Biarpun sejam cuma
Iringi bersama doa dan keampunan Penciptanya.



Isnin, 9 Mac 2009

Dia datang pada Mac 06.2009


Hari itu Jumaat, Mac 06.2009
Waktu itu 9.30 malam
Berkat doa dan harapan
Dan Allah perkenankan
Dia datang dengan pesona

Untuk lengkapkan diriku
Sebagai seorang wanita dan Ibu



Maulidur Rasul 2009


Ya Muhammad
Ya Nabi Allah
Ya Rasul Allah
Kau penyuluh hatiku
Kau pembimbing jalanku
Kepada Allah Maha Besar


Jumaat, 6 Mac 2009

Anak-Anakpun Bangkit Untuk Kebebasan


Datuk dan nenek mereka dibunuh
Ayah dan ibu mereka dibunuh
Abang dan kakak mereka dibunuh
Dibunuh kehidupan mereka
Dibunuh masa depan mereka
Dibunuh hak mereka
Mereka membunuh dengan senjata
Mereka membunuh dengan propaganda
Mereka membunuh kerana ada Amerika
Tapi tidak dapat mereka bunuh semangatmu
Tapi tidak dapat mereka bunuh hatimu
Tapi tidak dapat mereka bunuh dendammu
Bangkitlah dengan kesedaran
Bangkitlah dengan keinsafan
Bangkitlah atas nama kebebasan
Bangkit.. Bangkit.. Bangkitlah
Anak-anak Palestine!


Rabu, 4 Mac 2009

Sebatang pokok


Sebatang pokok
Di tengah padang
Buat berteduh kepanasan
Buat berlindung kehujanan
Buat melelap mata keletihan