Sabtu, 29 November 2008

Situasi









Katakanlah
Malammu tanpa bintang
Disekeliling semua hitam
Sedangkan kamu berlayar di tengah lautan
Angin makin gagah menampar pipi
Ombak makin kasar menggulung diri
Hah!
Kepada siapa kamu nak mengadu?
Siapakah yang dapat menolongmu?


Khamis, 27 November 2008

Detik masa

Tik tik tik
Tik tik tik
Tik tik tik
Detik jam di dinding
Saat demi saat
Minit demi minit
Tidak akan menangguhkan
perjalanannya untuk ku
Akulah yang harus menganjak langkahku mengejarmu


Rabu, 26 November 2008

Aku mahu bebas






Aku mahu bebas
Dari resah
Dari tembok yang memagarku
Aku mahu menggagah berani
Mencari diriku!!!


Selasa, 25 November 2008

Di sini dulu dan kini








Dulu, di sini
Di pondok menunggu bas ke Bukit Kangkar
Aku, Bibah, Ita dan Mimah
Sambil menanti bas akan rancak bercerita
Tentang impian
Tentang masa depan
Serta lelaki idaman

Kini, di sini sepi
Bibah, Itah dan Mimah
Sudah lama berkepergian menggapai impian
Bibah ke Kota London menyambung pelajaran
Ita kini usahawan produk kejelitaan
Dan Mimah bersuami Dato' hartawan
Tapi aku masih lagi di sini
Menunggu bas ke Bukit Kangkar



Isnin, 24 November 2008

Selepas hujan









Aku suka selepas hujan
Kerana bau pepohon menyegar udara
Sungai yang lesu dapat mengalir laju
Kelkatu akan keluar berterbangan
Cendawan tumbuh bertebaran
Kodok berdendang berlaung-laungan
Aku suka selepas hujan
Melihat besarnya kejadian Tuhan


Ahad, 23 November 2008

Anak sungai di belakang rumah Abah










K
emanapun jua kembara diri
Aku tetap juga datang ke mari
Anak sungai di belakang rumah Abah
Di sini ada ketenangan
Di sini aku damai



Sabtu, 22 November 2008

Seekor pipit



Seekor pipit

Terpisah dari kawanannya
Namun masih riang terbang
Sambil bernyanyi-nyanyi





Jumaat, 21 November 2008

Gadis di jendela









Setiap pagi
Gadis itu akan menjenguk di jendela
Seronok hatinya
Melihat matahari baru mula menumpahkan cahaya
Melihat murai berkicauan di dahan jambu
Melihat ayam berkokok di halaman
Keceriaan yang mendamaikan sanubari
Mengisi kesunyian hatinya.



Rabu, 19 November 2008

Aku ini




Aku ini
Pelengkap sempurna seorang lelaki
Yang menerima dakapan tulus
Dengan pangkuan hangat
Menyemai tumbuh benih kehidupan