Sabtu, 17 Oktober 2009

Happy Diwali 2009

Selamat Menyambut Hari Deepavali
Kepada Semua Rakan Dan Taulan
Yang Merayakannya!

Ahad, 30 Ogos 2009

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Kak Mas!
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52!
Iris hanya merdeka
Bila abg Mat antar RM22.50
Bersama satu lafaz


Rabu, 26 Ogos 2009

Selamat Beribadah

Kak Mas, Suami dan Anak-Anak

Kak Sally dan Bonda


Khamis, 30 Julai 2009

Hobi Baru !


Hobi baruku!
Pergi jauh
Pergi jauh dari rumah
Liarkan hati untuk mengembara
Cari pengalaman
Luaskan pandangan
Melihat dunia

Hobi baruku!
Buat catatan kecil
Kembara pengalaman
Tak ingin melupakan satu momenpun
Adventurisme hobi baruku


Selasa, 31 Mac 2009

Earth Hour - March 28.2009


Masanya tidak lama
Dua puluh atau tiga puluh tahun lagi
Persisiran pantai akan tenggelam
Ribut dan taufan serta banjir bukan lagi fenomena
Bahkan satu kejadian biasa alam
Ada tempat-tempat yang kemarau panjang
Manusia kurang sumber makanan
Umat manusia makin bertambah ganda
Peperangan dan penaklokan silih berganti
Untuk hidup biarpun membunuh
Begitu dahsyat masa depan manusia

Jadi kita perlu ikhtiar untuk selamatkan bumi
Yang kini sakit merintih menangis
Kerana ozon semakin hilang
Kerana cuaca semakin panas
Kerana laut semakin luas
Kerana taufan semakin ganas
Kerana bumi semakin bergegar dengan ledakan bom peperangan

Selamatkan bumi
Walaupun dengan memadam lampu
Biarpun sejam cuma
Iringi bersama doa dan keampunan Penciptanya.



Isnin, 9 Mac 2009

Dia datang pada Mac 06.2009


Hari itu Jumaat, Mac 06.2009
Waktu itu 9.30 malam
Berkat doa dan harapan
Dan Allah perkenankan
Dia datang dengan pesona

Untuk lengkapkan diriku
Sebagai seorang wanita dan Ibu



Maulidur Rasul 2009


Ya Muhammad
Ya Nabi Allah
Ya Rasul Allah
Kau penyuluh hatiku
Kau pembimbing jalanku
Kepada Allah Maha Besar


Jumaat, 6 Mac 2009

Anak-Anakpun Bangkit Untuk Kebebasan


Datuk dan nenek mereka dibunuh
Ayah dan ibu mereka dibunuh
Abang dan kakak mereka dibunuh
Dibunuh kehidupan mereka
Dibunuh masa depan mereka
Dibunuh hak mereka
Mereka membunuh dengan senjata
Mereka membunuh dengan propaganda
Mereka membunuh kerana ada Amerika
Tapi tidak dapat mereka bunuh semangatmu
Tapi tidak dapat mereka bunuh hatimu
Tapi tidak dapat mereka bunuh dendammu
Bangkitlah dengan kesedaran
Bangkitlah dengan keinsafan
Bangkitlah atas nama kebebasan
Bangkit.. Bangkit.. Bangkitlah
Anak-anak Palestine!


Rabu, 4 Mac 2009

Sebatang pokok


Sebatang pokok
Di tengah padang
Buat berteduh kepanasan
Buat berlindung kehujanan
Buat melelap mata keletihan


Isnin, 16 Februari 2009

Belajar dari merpati

Lelah rasa hati
Melihat dua yang bersaudara
Sama bangsa, bahasa dan agama
Kerana politik dan kuasa
Buang silaturrahim
Campak budaya
Humban adab kesopanan

Saudara-saudaraku
Belajarlah dari merpati
Simbol kedamaian
Lambang keharmonian



Rabu, 28 Januari 2009

Mengenang Ah Yong















Kita mula bertemu di sini
Kita menjadi sahabat pun di sini
Kau berumur 8 tahun dan aku 7 tahun

Di sini ibumu berkebun sayur
Ibuku berkebun getah di tanah sebelahnya

Di sini kita akan bermain dan berkejar-kejaran
Paling seronok mengejar rama-rama dan pepatung
Sambil di temani Kopi anak anjingmu

Di sini
15 tahun lalu
Aku mengerti akan makna persahabatan
Bila aku dan ibu berpindah ke desa jauh dari sini
Kau menangis dan memelukku
Aku juga menangis dan memelukmu
Namun kau tetap jua menghantarku ke pengkalan
Kita saling berlambaian dengan air mata berderai di pipi

Hari ini
Di sini
Air mataku juga menitis di pipi
Ah Yong
Dimana kamu
Sahabat karib pertamaku


Sabtu, 24 Januari 2009

Harapan Seorang Isteri Di Malam Pertama













Abang!
Terimalah aku
Di sudut paling suci di hatimu
Seorang isteri
Yang punya cita-cita
Menjadi isteri solehah


Sabtu, 17 Januari 2009

Sahabat




Seorang sahabat
Menjadi teman sepanjang waktu
Menjadi saudara dalam kesusahan



Sahabat
Saat aku sedih kau selalu hadir untuk menghibur
Saat aku susah kau sentiasa ada untuk membantu

Sahabat
Apapun jua keadaanmu
Kau adalah kekuatanku


Isnin, 12 Januari 2009

Senyum









Sudah cukup satu senyuman
Menjadi penawar jiwa yang gundah


Ahad, 11 Januari 2009

Sebuah Bukit Yang Telah Tiada











Awalnya sangat indah
Hanya bukit dan hijau pepohon
Lalu aku tiba pada pertanyaan
Untuk apa kita musnahkan keindahan itu
Menggantikannya dengan bangunan-bangunan batu
Untuk apa?
Prestij?
Kemewahan?
Kemegahan?
Untuk siapa riak itu?


Sepoi-Sepoi Angin Tanjung Emas











Tejuntai rambut di dahi
Mata makin redup terpejam
Tenang nyaman
Dibelai sepoi-sepoi angin Tanjung Emas
Bersama iringan gemersik daun Rhu
Di sini
Aku berfikir dan terus berfikir
Sambil memandang alam


Khamis, 1 Januari 2009

SMS Tengah Malam










Tidurlah
Pejamkanlah matamu
Lenalah dalam buaian lembut doaku
Selimutilah jiwamu dengan tulus kasihku
Selamat malam sayang
...Abg


Selamat Tahun Baru 2009






Selamat tinggal 2008
Selamat tinggal kenangan
Selamat datang 2009
Selamat datang harapan