Rabu, 17 Disember 2008

Malam Itu Aku Berdoa Dengan Jernih Di Mata













Larut malam itu , sejuk, sunyi, tenang
Langit cerah
Bayu laut meniup lembut, segar
Ombak beralun-alun gemalai

Datang tiba-tiba rindu berhembus di jiwa
Keinsafan terjejak di taman hati
Aku mahu bertemu Mu
Bersimpuh di hadapan Mu

Gementar jiwa dan raga
Hati tertanya-tanya
Apakah Kau mahu bertemu dengan ku lagi
Apakah Kau terima jua aku mendekati Mu
Aku yang banyak kesalahan dan kesilapan

Aku bangun jua membersih diri

Untuk sujud di kaki Mu

Aku mahu...
Kau dengar sedu sedanku
Kau tahu kekesalanku
Kau terima taubatku

Aku mahu...
Berlindung dengan kalimah Mu
Berkota dengan nama-nama Mu
Berpayung dengan keampunan Mu

Masih belum terlewat untuk ku mendapat titik mula

Ya Tuhan
Ampunan Mu menguasai segala-galanya
Mengatasi apa yang ada di bumi dan di langit
Lebih besar dari kesalahan hamba-hamba Mu

Ya Tuhan
Peluklah aku dengan belas kasih sayang Mu
Hanya Engkau yang aku sembah
Hanya Engkau tempat aku beriman
Hanya Engkau tempat aku berlindung dan memohon keselamatan


Tiada ulasan: