Rabu, 20 Februari 2013

Anak Susuan





Syukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan puteri kedua yang comel yang menyusu ibu sepenuhnya sehingga ke hari ini (1 tahun 4 bulan). Kali ini rezekiku murah kerana susu badanku banyak dan dapat menyusukan dua orang anak sekaligus. Aku dapat menyusukan anak kak Zura iaitu anak jiran sebelah rumah emak di kampung. Kami berjiran sejak dulu lagi dan amat rapat seperti saudara sendiri. Mungkin ianya kebetulan dan sudah ditentukan Tuhan di mana aku menjadi ibu susuan kepada Radin Anisa Faiha. 

Radin Anisa Faiha dilahirkan pada 20hb Oktober 2011 di Hospital Muar, Johor Darul Takzim iaitu selepas dua hari Dhiya Elmyra dilahirkan. Anisa merupakan puteri tunggal dalam keluarganya dan jarak umur antara dia dengan abangnya adalah 13 tahun. Sebab itulah aku boleh katakan dia merupakan anugerah Tuhan yang tidak dijangka-jangka. Keluarganya begitu gembira dengan kehadirannya.

Pada 08hb Disember tahun lepas aku baru berkesempatan berjumpa Anisa. Pada mulanya dia takut2 untuk mendapatkanku tetapi lama kelamaan dia menjadi mesra. Aku membawa Dhiya dan Danish bersama untuk diperkenalkan kepadanya. Danish berkata kepadaku "Mama, cantikkan baby ni". Aku terangkan kepadanya yang baby tersebut adalah adiknya juga. Mungkin sekarang dia belum mengerti lagi. Aku berdoa semoga Anisa dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah, cerdik dan disayangi semua.

Syarat-syarat untuk menjadi ibu susuan :-

* Anak yang menyusu sekurang-kurangnya 5 kali kenyang
* Umur bayi/anak tersebut tidak melebihi 2 tahun

Tiada ulasan: