Jumaat, 3 Ogos 2012

Adik sudah 9 bulan





Sekejap sahaja masa berlalu. Adik sudah pun berumur 9 bulan. Bermakna adik sudah 9 bulan menyusu badan. Syukur kerana kali ini susu badan aku banyak. Ketika melahirkan Danish 3 tahun yang lalu, aku teruja untuk memberikan susu badan kepadanya tetapi mungkin juga aku kurang pengetahuan tentang penyusuan ibu, Danish hanya mendapat susu ibu selama 1 bulan sahaja. Kasihan Danish..

Memang ada perbezaan di antara bayi yang menyusu badan dengan bayi yang tidak menyusu badan. Melalui pemerhatian aku terhadap Danish dengan adiknya Dhiya adalah tahap antibodi anak yang menyusu badan lebih kuat. Dulu Danish selalu keluar masuk hospital kerana dijangkiti Bronkitis. Badannya juga mengalami ekzema (gatal-gatal) terumatanya di bahagian leher. Kasihan melihat badan kecil disumbat tiub untuk megeluarkan lendir kahak. Sehingga sekarang Danish mudah dijangkiti batuk dan mudah muntah. Kalau main atau berlari lebih sedikit pastinya dia akan muntah. Berbeza dengan Dhiya, Dhiya adalah bayi yang aktif dan jarang sakit.

Antara kebaikan penyusuan ibu adalah :-

i) Membantu bayi melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi  yang membantu melindungi bayi daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

ii) Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat alergik seperti asma dan ekzema.

iii) Boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

iv) Susu ibu membantu perkembangan otak dan membuat bayi lebih pintar. Bagi para ibu pula ia dapat mengurangkan risiko di usia tua seperti mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.





1 ulasan:

kamarilham berkata...

Salam,
there isn't a day of the year that they aren't special to us.