"Happy Birthday adik", ucapan dari Abang Danish. Masa berlalu begitu pantas seiring usia. Kini usia puteri kami Dhiya Elmyra sudah pun genap 2 tahun pada 18 Oktober 2013. Diam tak diam dia membesar dengan sihat walaupun berat badannya maintain je...agaknya dia mengikut baka papanya yang berbadan sederhana/kecil. Kalau nak ikutkan frame abangnya Danish, boleh tahan jugak 'hantapnya'. Baru 4 tahun tapi berat badan dah 24kg. Berat badan adik pula tak naik-naik. Baru-baru ni timbang berat badan hanya 8.8kg saja. Kesian tengok dia...cekeding je. Tapi tak mengapalah, janji dia sihat dan aktif seperti kanak-kanak seusia dengannya.
Mama dan Papa harap adik akan menjadi anak yang baik, mendengar kata, bijak dan sihat. Alhamdulillah kerana adik juga jarang diserang sakit seperti demam, batuk dan selesema berbanding abangnya ketika seusia dia. Mungkin kerana adik menyusu badan sehingga ke hari ini. Susah juga nak ceraikan susu. Tak tahu sampai bila dia masih menyusu badan. Cuba juga susu dutch lady 123 tapi dia tak mahu. Bagi susu fresh milk good day pun tak jalan jugak..takkanlah aku nak beli satu-satu susu nak cuba bagi dia rasa. Dahlah harga susu sekarang mahal. Biarlah dia nak menyusu sampai dia muak dan berhenti sendiri.