Khamis, 30 Ogos 2012

Hari Raya Aidilfitri 2012

Abah bersama ibu saudaranya
Emak
Abah, Mak dan adik
Bersama keluarga besar Ngah
Bersama Pakngah dan Makngah


Bersama sepupu-sepupu dan emak-emak saudara
Makan satey beramai-ramai

Bersama kakak, kakak ipar dan anak-anak buah


Suasana Raya masih terasa walaupun sudah 12 hari berlalu. Raya tahun ini lebih meriah kerana kami lima beradik dapat beraya bersama-sama di kampung emak dan abah. Kami berkumpul seramai 30 orang di bawah satu bumbung. Masak bersama-sama dan bergelak ketawa bersama-sama..riuh rendah rumah emak ketika ini. Lebih-lebih lagi diceriakan lagi oleh anak-anak saudara seramai 16 orang, 8 lelaki dan 8 perempuan. 

Anak-anak saudara pula seronok bertemu sepupu masing-masing kerana umur mereka lebih kurang sama. Anak-anak saudara lelaki rancak bercerita tentang kereta dan kursus masing-masing sementara yang perempuan pula seronok bercerita tentang handpone baru dan hal-hal perempuan. Manakala anak-anakku hanya berkawan dengan sepupu yang sebaya dengannya, lepas bergaduh berkawan balik. 

Hari Raya tahun ini aku berkesempatan menziarahi rumah PakNgah Wahab, Pakcik Asim, Makngah Robiah, Maklong Ani, Pakcik Ali  dan Atuk Busu Ramlah. Tiap-tiap tahun kami tidak melepaskan peluang menziarahi mereka. Saudara mara emak dan abah juga ramai yang berkunjung ke rumah. Tak lupa juga Kak Sarina, Abang Afif dan keluarga juga berkesempatan datang ke rumahku di kampung. Terima kasih ya Kak Ina sebab dapat datang kerana dah lama kita berjanji tetapi asyik tak ada jodoh je..

Selasa, 14 Ogos 2012

Under Construction



Aduh! Tensionnya...hajat dihati nak tukar gambar header je, tapi semuanya dah jadi haywire. Sakit mata dan sakit hati dibuatnya. Ditambah lagi line internet yang terlalu slow. Tak mengapalah..harap-harap lepas ni blog Irisadila akan ceria seperti blog me + you = us

Jumaat, 3 Ogos 2012

Adik sudah 9 bulan





Sekejap sahaja masa berlalu. Adik sudah pun berumur 9 bulan. Bermakna adik sudah 9 bulan menyusu badan. Syukur kerana kali ini susu badan aku banyak. Ketika melahirkan Danish 3 tahun yang lalu, aku teruja untuk memberikan susu badan kepadanya tetapi mungkin juga aku kurang pengetahuan tentang penyusuan ibu, Danish hanya mendapat susu ibu selama 1 bulan sahaja. Kasihan Danish..

Memang ada perbezaan di antara bayi yang menyusu badan dengan bayi yang tidak menyusu badan. Melalui pemerhatian aku terhadap Danish dengan adiknya Dhiya adalah tahap antibodi anak yang menyusu badan lebih kuat. Dulu Danish selalu keluar masuk hospital kerana dijangkiti Bronkitis. Badannya juga mengalami ekzema (gatal-gatal) terumatanya di bahagian leher. Kasihan melihat badan kecil disumbat tiub untuk megeluarkan lendir kahak. Sehingga sekarang Danish mudah dijangkiti batuk dan mudah muntah. Kalau main atau berlari lebih sedikit pastinya dia akan muntah. Berbeza dengan Dhiya, Dhiya adalah bayi yang aktif dan jarang sakit.

Antara kebaikan penyusuan ibu adalah :-

i) Membantu bayi melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi  yang membantu melindungi bayi daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesema, infeksi urinari dan jangkitan telinga.

ii) Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat alergik seperti asma dan ekzema.

iii) Boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia.

iv) Susu ibu membantu perkembangan otak dan membuat bayi lebih pintar. Bagi para ibu pula ia dapat mengurangkan risiko di usia tua seperti mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis.